Peribadi Nazmi Faiz Mansor

Nazmi merupakan anak keempat daripada lima orang adik beradik kepada Mansor bin Mustafa. Beliau memulakan kerjaya apabila terpilih mewakili daerah Gombak semasa sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Taman Melawati, Gombak, Selangor. Menurut Muhd. Ariff Zulkifly yang sekarang ini sedang beraksi di New Zealand bersama Island Bay United , gelaran Nazmi ketika di SSBJ ialah ‘Nami’ dan dia dilihat mempunyai potensi ketika berusia 11 tahun sewaktu kedua-dua mereka beraksi dalam skuad Selangor bawah 12 tahun. Hanya Nazmi seorang sahaja berusia 11 tahun. Menurut bapanya pula, usia 10 tahun dia sudah mewakili sekolah, daerah dan negeri bagi peringkat bawah 12 tahun, ketika umurnya mencecah 13 tahun pula dia dipanggil menyertai skuad bawah 15 tahun. Selepas menamatkan peringkat sekolah rendah, Nazmi ditawarkan untuk menyambung pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Sukan Selangor, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 11, Shah Alam dan pada tingkatan empat beliau ditawarkan menyertai Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).[2]

Rujukan

WikiPedia: Nazmi Faiz Mansor http://www.espnstar.com/football/news/detail/item8... http://www.goal.com/en-sg/news/3952/asia/2012/05/2... http://www.the-afc.com/competitions/afc-cup/latest... http://www.nst.com.my/top-news/portuguese-club-sig... http://thestar.com.my/sports/story.asp?file=/2011/... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt... http://www.beiramar.pt/beiramar/2012/05/21/nazmi-a... http://www.footballzz.co.uk/noticia.php?id=65066 https://int.soccerway.com/players/muhamad-nazmi-fa...